CHANGE IT..

CHANGE IT..

Selasa, 19 Julai 2016

NukilanSyawalDay14


Kadang nak pulihkan rasa sedih, kita akan hubungi kawan untuk ajak keluar habiskan masa bersama. Nak tak nak kena lah pura pura senyum dan ketawa. Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak ada siapa yang tahu. Walau siapapun kita,dimana kita berada dan selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan. 
.
Nak taknak, kena teruskan
.
Dapat manusia yang prihatin ni dia akan tanya kita kenapa semua dan desak sampai kita cerita. Kadang juga dapat manusia yang jenis hiburkan kita dulu bawa pergi makan lah, jalan jalan sampai penat lepas tu baru dia tanya kenapa dengan kita.
Kadang juga dapat manusia yang jenis biar kita menangis semahu nya di hamparan menghadap Nya baru dia akan tanya kita kenapa
.
Pesan Imam Ibnu Qayyim, "Salah satu tanda tunduknya hati, dan ikhlasnya seseorang itu, adalah dirinya tidak gembira dengan pujian manusia, dan tidak merasa sedih andai dicela oleh manusia". 
..Wallahualam..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan