CHANGE IT..

CHANGE IT..

Khamis, 21 Julai 2016

Cornflakes Madu

Still in mood raya..
rasa macam tertarik nak share koleksi-koleksi resepi yang ada dalam simpanan aku..
yang aku sendiri dah try n error resepi tu..huhu..
kali ni aku nk share resepi Cornflakes Madu aku try buat mase raya baru-baru ni,
1st try adik aku guna resepi len..macam tak menarik je...dia buang,
pastu aku try google resepi len plak...aku try plak,
makanya...ini la hasilnye,
nampak moist je kan cornflakes tu..bkilat gituuuu..



Bahan-bahannya :-

 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
1 Buku Buttercup (250g)
 1/2 Tin Susu Pekat
 5 Sudu Besar Madu
 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-caranya :-

1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.
3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.


Selamat mencuba ye..xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan