CHANGE IT..

CHANGE IT..

Khamis, 21 Julai 2016

Cornflakes Madu

Still in mood raya..
rasa macam tertarik nak share koleksi-koleksi resepi yang ada dalam simpanan aku..
yang aku sendiri dah try n error resepi tu..huhu..
kali ni aku nk share resepi Cornflakes Madu aku try buat mase raya baru-baru ni,
1st try adik aku guna resepi len..macam tak menarik je...dia buang,
pastu aku try google resepi len plak...aku try plak,
makanya...ini la hasilnye,
nampak moist je kan cornflakes tu..bkilat gituuuu..



Bahan-bahannya :-

 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
1 Buku Buttercup (250g)
 1/2 Tin Susu Pekat
 5 Sudu Besar Madu
 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-caranya :-

1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.
3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.


Selamat mencuba ye..xoxo

Selasa, 19 Julai 2016

NukilanSyawalDay14


Kadang nak pulihkan rasa sedih, kita akan hubungi kawan untuk ajak keluar habiskan masa bersama. Nak tak nak kena lah pura pura senyum dan ketawa. Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis tidak ada siapa yang tahu. Walau siapapun kita,dimana kita berada dan selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan. 
.
Nak taknak, kena teruskan
.
Dapat manusia yang prihatin ni dia akan tanya kita kenapa semua dan desak sampai kita cerita. Kadang juga dapat manusia yang jenis hiburkan kita dulu bawa pergi makan lah, jalan jalan sampai penat lepas tu baru dia tanya kenapa dengan kita.
Kadang juga dapat manusia yang jenis biar kita menangis semahu nya di hamparan menghadap Nya baru dia akan tanya kita kenapa
.
Pesan Imam Ibnu Qayyim, "Salah satu tanda tunduknya hati, dan ikhlasnya seseorang itu, adalah dirinya tidak gembira dengan pujian manusia, dan tidak merasa sedih andai dicela oleh manusia". 
..Wallahualam..




Ahad, 10 Julai 2016

Menyepi itu lebih baik

Kadang orang yang dulunya kita rapat cakap kita ni dah berubah. Dah kurang layanan tak macam dulu. Tapi dia lupa, sebab dia lah kita berubah. Dia lupa dia yang sebenarnya abaikan kita, lupa cara layanan dia kadang menyinggung perasaan, sesekali juga dia menyakiti kita. Tu sebab kadang kita pilih untuk diam dan perlukan waktu untuk sendiri, bukan lupakan dia terus pun. Dan sebenarnya kita lebih kecewa dgn dia, cuma kita pendam je. 

Dia yang berubah bukan kita..