Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah :
Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-
Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan
Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan
Pandai Mendengar.
-Pythatoras-
Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN
-I. Salanter Lipkin-
Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil
itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka
-Charles Cahier-
Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti
tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-
Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang
lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang
dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-
Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan.
Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan
maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-
Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada
empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil
warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil
secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan
orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta
itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-
Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang
lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang
dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze-
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-
Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan
dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar
lagi.
-Bestari-
Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat.
-Joseph Conrad-
“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk
mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga~
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas
dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan
“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda
menambah dukanya.” ~Pujangga~
“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~
“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~
“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok
kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” ~Kata-kata
Pujangga~
“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah
manusia benar-benar terasa.” ~kata-kata Pujangga~
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua
perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” ~Kata-kata
Pujangga~
“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya
tidak singgah ke pelabuhan.” ~kata-kata Pujangga
“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan
anda diabaikan orang.”
~kata-kata Pujangga
“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.”
~kata-kata Pujangga
“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah
reliti besok hari…”
~kata-kata Pujangga~
“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh
sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.”
~kata-kata Pujangga~
“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan
sabar.”
~kata-kata Pujangga~
“Kadangkala
menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika
diberitahu pun tidak dihiraukan.”
~kata-kata Pujangga~
“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung
tidak juga papa kedana”
~kata-kata Pujangga~
“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.”
~kata-kata Pujangga
“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang
lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.”
~kata-kata Pujangga`
“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah
hari esok kita masih diberi peluang.”
~kata-kata Pujangga~
“Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”
~kata-kata Pujangga~
“Kalau tidak kerana
semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari
ini kita akan berada di sini.”
~kata-kata Pujangga~
” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
~kata-kata Pujangga~
Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan
hidup.”
~kata-kata Pujangga~
“Kekuatan itu tidak
terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas
keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”
~kata-kata Pujangga~
“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik
untuk bertindak.”
~kata-kata Pujangga~
“Rahsia untuk berjaya
ialah menghormati orang lain.”
~kata-kata Pujangga~
“Saya percaya; esok sudah
tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh
mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
~kata-kata Pujangga~
“Yang telah berlalu
biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
~kata-kata Pujangga~
“Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”
~kata-kata Pujangga~
“Kasihkan manusia
lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira
melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”
~kata-kata Pujangga~
“Kawan ketawa mudah
dicari, kawan menangis keseorangan diri.”
~kata-kata Pujangga~
“Jangan sesekali menggadai
prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”
~kata-kata Pujangga~
“Biarpun jalan itu
panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”
~kata-kata Pujangga~
“Hidup ini adalah
warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai
sejuta maksud.”
~kata-kata Pujangga~
“Sesuatu khayalan
kadang-kadang menjadi realiti.”
~kata-kata Pujangga~
“Tidak ada manusia yang
hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”
~kata-kata Pujangga~
“Manusia tidak perlu
dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”
~kata-kata Pujangga~
“Andai hidup punca
perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca
perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”
~kata-kata Pujangga~
“Mereka mendahulukan
akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya
dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil,
mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”
~kata-kata Pujangga~
“Jika dunia ini
persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?
Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”
~kata-kata Pujangga~
“Kekayaan boleh mengaburkan
jalan yang jujur”
~kata-kata Pujangga~
Kata-kata Pujangga: “Tidak akan ada
kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti
kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan
mesra.”
Kata-kata Pujangga: “Sebuah kebenaran
kadangkala mengandungi kesilapan.”
Orang yang mudah
bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan.
Orang yang mempunyai
cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita yang tinggi
itu menyuburkan tabiat yang mulia. Tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan
fikiran yang luas dan tinggi.
Cita-cita hidup
bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya
disirami dengan airmata dan juga darah.
Sahabat sejati adalah
orang yang dapat berkata2 benar denganmu, dan bukan orang yang dapat
membenarkan kata2mu.
Bersedekah kepada
orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum
kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan
persaudaraan.
Diantara sikap yang
boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah
memberi salam terlebih dahulu. Anda memanggilnya dengan nama yang paling
digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia
perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya
itu walaupun selepas kematiannya.
=Mahatma Ghandi=
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan
jiwa hendaklah bergaul dengan orang2 beradab dan berbudi mulia yang dapat kita
mengambil manfaatnya.
= Hamka =
Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai
kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik
biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki
itu betul2 cinta padanya.
= Gina Lollobrigida =
Tidak belajar bersungguh2 di waktu muda, hendak menjadi apa pada
waktu dewasa??
= Anonim =
Kebanggaan terbesar dalam hidup adalah apabila kita berhasil
melakukan apa yang menurut orang lain tidak dapat dilakukan.
= Walter Bagehot =
Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang
bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati.
= Omar Bradley =