Yang berkopiah berserban, imam masjid.
Dorang pun layan naruto, main game, dengar lagu.
Yang tudung labuh berjubah berpurdah, mereka pun beli barang berjenama, walaupun simple nak nampak up to date dan mahu berfesyen sederhana.
Sebab apa?
Sebab mereka pun manusia biasa.
Fitrah seorang manusia tu ada dan masih sama.
Mereka buat silap juga.
Mereka bukan datang dari syurga lahir lahir dah berbaju sunnah.
Hidup suci tanpa dosa.
Apa yang dia buat betul semua.
Tidak!
Kita semua sama!
Jadi jangan dinilai manusia itu seolah kebaikan sahaja yang ada pada dia.
Manusia tak sempurna.
Bila nampak silap satu dua terus kena hempuk kena sembur kena hina.
Padahal dia juga sama macam kita.
Ingat, manusia semua sama.
Beza kita cuma dihati, taqwa kita pada Dia.
Dan hati itu tidak dapat dilihat oleh manusia.
Ikhlas kita yang tahu cuma Pencipta.
Jadi pandanglah manusia itu dengan pandangan sama rata.
Semalam kita dpt mengawal nafsu, hari ni nafsu yang mengawal kita.
Semalam hati berbisik untuk berubah, hari ini perubahan itu tak kunjung tiba.
Itulah hakikat akhir zaman.
Iman yang tak seberapa, nak kata setinggi malaikat tu tak la.
Nak kata serendah-rendahnya...
Nauzubillah!
Dengan iman yang senipis kulit bawang, maka tak hairan la orang-orang yang kuat beribadah pun goyah andai iman tak di jaga.
Bayangkanlah iman yang senipis kulit bawang tu di letakkan di atas tapak tangan. Jika dibiarkan terbuka, maka melayang di tiup angin.
Jika di biarkan tertutup dengan tapak tangan, maka akan rosaklah kulitnya. Begitu susah untuk menjaga iman.
Astaghfirullahalazim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan