CHANGE IT..

CHANGE IT..

Rabu, 23 Disember 2015

MIRACLE OF SEDEKAH



Apalah kira diberi kepada miskin
Apalah kira diberi kepada yatim
Apalah kira diberi kepada fakir 
Sesungguhnya nikmat kan tumbuh semekar-mekarnya 


Penghulur tidak kan rugi
Dihulur terharu disaji
Penghulur tidak kan kecewa
Malah keduanya diukir gembira Ar-Rahim 


Ditanam benih sebiji
Tujuh tangkai dilahir 
Seratus bunga mekar mewangi 
700 haruman dikurnia Al wahhab
Begitulah mekarnya sedekah jariah


Bukan setinggi gunung  diharapkan
Bukan seluas lautan diimpikan 
Cukuplah sekadar secicip rezeki 
Buat yang mencari dan rindu menanti


Sedekahlah demi Al-’Adzhiim
Bukan untuk bermegah berbangga diri
Merendah diri ibarat padi 
Seikhlas setulus kasih Al-Baasith


Janji Ilahi terpatri pasti 
Mekarnya Pahala  
Buat insani ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan