CHANGE IT..

CHANGE IT..

Ahad, 24 Januari 2016

Tips atau cara langkah-langkah dan tips menggunakan chocolate fountain

Just want to share mcmana nk operate kan choc fountain..info pun dpt dari mr google..;p

info sgt penting ni..


1. Gunakan cokelat khas sahaja utk fountain-cokelat mesti 1-2 kg / ikut kesesuaian.

jangan guna compund chocolate, kecuali ada ditulis khas untuk chocolate fountain. jgn

dengar ckp org kedai bakery supplier kata boleh guna compound choc. choc utk

fountain adalah tipis, sedap sgt, tak perlu tambah apa-apa. manakala compound bar

seperti beryls perlu potong bar coklat kecil2, tambah butter utk berkilat dll. coklat khas

akan jatuh berkilat dgn cantik, walaupun mahal, sebab itulah tujuan sebenar kita gunakan

fountain ni kan.. nak cantik gitu hehe


2. Jgn operate mesin terus-menerus lebih 2 jam, mesin boleh rosak. selepas 2 jam,

rehatkan 1/2 jam. baru ‘on’ semula. Penggunaan maksimum 4 jam (maknanya 2 jam,

rehat. Guna 1-2 jam sahaja lagi. dan berhenti terus. Ini utk kegunaan rumah, bukan

industri ya..


3. Cairkan cokelat:

a)dalam microwave (30-60 saat (medium heat)-keluarkan-kacau sampai takde ketulan)

ulang2 sehingga cair sepenuhnya;

b)kaedah double boil;

c)gunakan chocolate melter. masukkan dan kacau2 dengan sudu sehingga semua

cokelat cair d)walaupun dalam manual kata boleh terus masuk dlm fountain, tp lama

dekat sejam baru fully melt. TIDAK DIGALAKKAN. Fountain saya pernah rosak teruk

kerana ikut kaedah ini. Lagipun nanti rugi 1 jam kan sbb mesin ni operate 2 jam shj,

lepas tu kena rehat 1/2 jam. plus, cokelat senang berkumpul kat bawah tu (tak cair

sepenuhnya) dan tersumbat, jammed jugak nanti. lebih selamat guna langkah a, b dan

c ye. yg penting mesin ni tahan lama. barulah berbaloi pembelian anda.

-jgn overheat masa melting ye, cokelat mudah rosak

-kalau nak offer servis choc fountain/berniaga, mmg wajib ada choc melter ni. sadis dulu

xde sapa bgtahu hehe.. takkan lah pergi event org kita nk pinjam dapur/ microwave org

kan.. lagi2 kalau outdoor event ke..


4. panaskan fountain selama 5 minit (tekan butang ‘heat’)


5. kemudian baru masukkan cokelat yang telah cair tadi, biar 5 minit, kacau, pastikan

coklat cair lagi dlm bowl. gunakan sudu untuk kacau rata


6. biar butang ‘heat’ on, dan mula tekan butang tekan ‘fountain/motor’. dalam masa 15

saat, tadaaaaa.. coklat akan dipancurkan tehehe..


7. jgn operate terus lebih 2 jam, kalau tidak mesin akan jammed.

-sebaiknya selepas guna selama 1 jam 45 minit, tekan butang ‘fountain/motor’ off.

-selepas 15 minit, barulah tekan butang ‘heat’ pula off ya.. kiranya janganlah buat mesin

tu terkejut tetiba nak off terus dua2 button kan..

-rehatkan selama 1/2 jam.

-kemudian tekan butang ‘heat’ on semula selama 15 minit. kacau cokelat dalam bowl

pastikan semua cair. biasanya cokelat masih cair lagi cuma pastikan juga dgn mengacau

perlahan2. kadang2 ada tertinggal biskutlah dalam tu, so keluarkan benda2 pejal before

starting again

-selepas 15 minit tadi, baru tekan butang ‘fountain/motor’ on semula. dan guna lagi

selama 1-2 jam. Selepas itu, berhenti. Jgn guna lagi.


8. Jika ingin tambah cokelat, jgn terus tambah dlm fountain, mesti ulang langkah 3 (a),

(b), or (c). mesti. kalau tidak mesin akan rosak. 3(d) x boleh langsung ya. ingat bhw

cokelat cair dan coin tidak boleh dicampurkan sekali sebab coin akan mendap ke bawah

dan mesin jammed. seketul ketulan kecil cokelat dah boleh membuatkan mesin anda

tersumbat/ berhenti beroperasi/ rosak sebab lubang aliran cokelat tu adalah nipis, khas

untuk cecair shj.


9. Jgn sekali2 tambah apa2 jenis cecair dlm cokelat. samada buah yg dicecah masih basah

ke. make sure buah telah ditoskan sebaiknya. sebab air akan menyebabkan cokelat

menjadi semakin pekat. kiranya air=musuh coklat. ini termasuk kanak2 buat eksperimen

letak air ke dlm tu hehe trust me dorg mmg excited tengok fountain ni.

10. Tips:

(a) pastikan ada org jaga mesin ni/ ada atendan yg faham cara2/pantang- larang kalau

anda terpaksa tinggalkan majlis itu

(b) cokelat akan terpercik keluar so letak alas siap2. kalau boleh jgn halakan kipas dekat

nanti lglah dia terpercik. boleh guna plastic cover/ wind guard sebab angin juga boleh

buatkan coklat memekat dan flow tersekat.

(c) bowl akan panas gile masa operasi/rehat, so pastikan tiada yg nak pegang2 ke..

especially budak2.. so memanggggg kena ada org jaga..


11. Pembersihan:

a. mangkuk cokelat guna wet wipes/kain lembab/or lagi bagus guna kain lembab yg

direndam air suam sahaja utk bersihkan. korek sisa cokelat dgn sudu. dan bowl lap dgn

tuala basah/ suam/ wet wipes tadi. kalau cokelat mahal senang aje tanggal ye.

b. yang lain2 boleh cuci dengan sabun, pencuci botol baby. guna air suam pun ok. cepat

tanggalnya..

c. pastikan bahagian mangkuk cokelat dan motor di bawah tidak terkena air/dicurah dgn

air

12.Sebenarnya cara guna mesin ni senang aje.  coklat dicairkan sepenuhnya. panaskan

fountain. masukkan cokelat. jgn lebih 2 jam. tekan ‘fountain’ off dulu. then ‘heat’. rehat

1/2 jam. kemudian tekan ‘heat’, kemudian ‘fountain’ semula. Maksimum penggunaan

keseluruhan adalah 3-4 jam sahaja ya. Jangan sekali-kali lebih 4 jam. Memang akan rosak

mesin anda.


SELAMAT MENGGUNAKAN CHOCOLATE FOUNTAIN ANDA..


P/S: CARA2 INI MENGIKUT PENGALAMAN SAHAJA. SEBARANG MASALAH TIMBUL

ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan