Just want to share mcmana nk operate kan choc fountain..info
pun dpt dari mr google..;p
info sgt penting ni..
1. Gunakan cokelat khas sahaja utk fountain-cokelat
mesti 1-2 kg / ikut kesesuaian.
jangan guna compund chocolate, kecuali ada ditulis khas
untuk chocolate fountain. jgn
dengar ckp org kedai bakery supplier kata boleh guna
compound choc. choc utk
fountain adalah tipis, sedap sgt, tak perlu tambah apa-apa.
manakala compound bar
seperti beryls perlu potong bar coklat kecil2, tambah butter
utk berkilat dll. coklat khas
akan jatuh berkilat dgn cantik, walaupun mahal, sebab itulah
tujuan sebenar kita gunakan
fountain ni kan.. nak cantik gitu hehe
2. Jgn operate mesin terus-menerus lebih 2 jam, mesin
boleh rosak. selepas 2 jam,
rehatkan 1/2 jam. baru ‘on’ semula. Penggunaan maksimum 4
jam (maknanya 2 jam,
rehat. Guna 1-2 jam sahaja lagi. dan berhenti terus. Ini utk
kegunaan rumah, bukan
industri ya..
3. Cairkan cokelat:
a)dalam microwave (30-60 saat (medium
heat)-keluarkan-kacau sampai takde ketulan)
ulang2 sehingga cair sepenuhnya;
b)kaedah double boil;
c)gunakan chocolate melter. masukkan dan kacau2 dengan sudu
sehingga semua
cokelat cair d)walaupun dalam manual kata boleh
terus masuk dlm fountain, tp lama
dekat sejam baru fully melt. TIDAK DIGALAKKAN. Fountain
saya pernah rosak teruk
kerana ikut kaedah ini. Lagipun nanti rugi 1 jam kan sbb
mesin ni operate 2 jam shj,
lepas tu kena rehat 1/2 jam. plus, cokelat senang
berkumpul kat bawah tu (tak cair
sepenuhnya) dan tersumbat, jammed jugak nanti. lebih selamat
guna langkah a, b dan
c ye. yg penting mesin ni tahan lama. barulah berbaloi
pembelian anda.
-jgn overheat masa melting ye, cokelat mudah rosak
-kalau nak offer servis choc fountain/berniaga, mmg wajib
ada choc melter ni. sadis dulu
xde sapa bgtahu hehe.. takkan lah pergi event org kita nk
pinjam dapur/ microwave org
kan.. lagi2 kalau outdoor event ke..
4. panaskan fountain selama 5 minit (tekan butang ‘heat’)
5. kemudian baru masukkan cokelat yang telah cair tadi, biar
5 minit, kacau, pastikan
coklat cair lagi dlm bowl. gunakan sudu untuk kacau rata
6. biar butang ‘heat’ on, dan mula tekan butang tekan
‘fountain/motor’. dalam masa 15
saat, tadaaaaa.. coklat akan dipancurkan tehehe..
7. jgn operate terus lebih 2 jam, kalau tidak mesin akan
jammed.
-sebaiknya selepas guna selama 1 jam 45 minit, tekan butang
‘fountain/motor’ off.
-selepas 15 minit, barulah tekan butang ‘heat’ pula off ya..
kiranya janganlah buat mesin
tu terkejut tetiba nak off terus dua2 button kan..
-rehatkan selama 1/2 jam.
-kemudian tekan butang ‘heat’ on semula selama 15 minit.
kacau cokelat dalam bowl
pastikan semua cair. biasanya cokelat masih cair lagi cuma
pastikan juga dgn mengacau
perlahan2. kadang2 ada tertinggal biskutlah dalam tu, so
keluarkan benda2 pejal before
starting again
-selepas 15 minit tadi, baru tekan butang ‘fountain/motor’
on semula. dan guna lagi
selama 1-2 jam. Selepas itu, berhenti. Jgn guna lagi.
8. Jika ingin tambah cokelat, jgn terus tambah dlm
fountain, mesti ulang langkah 3 (a),
(b), or (c). mesti. kalau tidak mesin akan rosak. 3(d) x
boleh langsung ya. ingat bhw
cokelat cair dan coin tidak boleh dicampurkan sekali sebab
coin akan mendap ke bawah
dan mesin jammed. seketul ketulan kecil cokelat dah boleh
membuatkan mesin anda
tersumbat/ berhenti beroperasi/ rosak sebab lubang aliran
cokelat tu adalah nipis, khas
untuk cecair shj.
9. Jgn sekali2 tambah apa2 jenis cecair dlm cokelat.
samada buah yg dicecah masih basah
ke. make sure buah telah ditoskan sebaiknya. sebab air akan
menyebabkan cokelat
menjadi semakin pekat. kiranya air=musuh coklat. ini
termasuk kanak2 buat eksperimen
letak air ke dlm tu hehe trust me dorg mmg excited tengok
fountain ni.
10. Tips:
(a) pastikan ada org jaga mesin ni/ ada atendan yg faham
cara2/pantang- larang kalau
anda terpaksa tinggalkan majlis itu
(b) cokelat akan terpercik keluar so letak alas siap2. kalau
boleh jgn halakan kipas dekat
nanti lglah dia terpercik. boleh guna plastic cover/ wind
guard sebab angin juga boleh
buatkan coklat memekat dan flow tersekat.
(c) bowl akan panas gile masa operasi/rehat, so pastikan
tiada yg nak pegang2 ke..
especially budak2.. so memanggggg kena ada org jaga..
11. Pembersihan:
a. mangkuk cokelat guna wet wipes/kain lembab/or lagi bagus
guna kain lembab yg
direndam air suam sahaja utk bersihkan. korek sisa cokelat
dgn sudu. dan bowl lap dgn
tuala basah/ suam/ wet wipes tadi. kalau cokelat mahal
senang aje tanggal ye.
b. yang lain2 boleh cuci dengan sabun, pencuci botol baby.
guna air suam pun ok. cepat
tanggalnya..
c. pastikan bahagian mangkuk cokelat dan motor di bawah
tidak terkena air/dicurah dgn
air
12.Sebenarnya cara guna mesin ni senang aje. coklat
dicairkan sepenuhnya. panaskan
fountain. masukkan cokelat. jgn lebih 2 jam. tekan
‘fountain’ off dulu. then ‘heat’. rehat
1/2 jam. kemudian tekan ‘heat’, kemudian ‘fountain’ semula.
Maksimum penggunaan
keseluruhan adalah 3-4 jam sahaja ya. Jangan sekali-kali
lebih 4 jam. Memang akan rosak
mesin anda.
SELAMAT MENGGUNAKAN CHOCOLATE FOUNTAIN ANDA..
P/S: CARA2 INI MENGIKUT PENGALAMAN SAHAJA. SEBARANG MASALAH
TIMBUL
ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.