CHANGE IT..

CHANGE IT..

Isnin, 9 Mac 2015

..kehidupan sebenar yang dicari..



morning peepssss   !!!
monday comes again...
terfikir sejenak tentang lumrah nya kehidupan..
terkadang dilambung ombak..
terkadang tersungkur di jalanan..
teringat kata-kata pujangga..
"HIDUP UMPAMA RODA,
HARI INI KITA DI ATAS,
ESOK LUSA MUNGKIN KITA AKAN BERADA DI BAWAH"
disebalik setiap kesedihan dan kedukaan yang menyapa diri..
jiwa insani yang payah tersenyum tidak seperti insan-insan lain..
aku bertanya pada diri..
'apa yang dicari dalam kehidupan ini..?'
sejauh 32 tahun menjalani kehidupan..
banyak yang aku pelajari dari setiap kisahku sendiri..
menangis kerana kehilangan..
kecewa kerana tak dihargai..
terluka kerana dikhianati..
semua itu cukup memberikan aku pandangan..
di mana aku boleh melihat bahawa tidak semua orang yang terlihat baik
akan berbuat baik..bahkan orang terdekat sekalipun..
terdetik di hati ini lagi..
BERSABARLAH MENGHADAPI SETIAP DUGAAN YANG DIBERIKAN..
jika kita bersabar..
Allah akan memberikan kurnia-Nya kepada kita..
jadi..usahlah bersedih..
jadilah wanita yang paling bahagia di dunia ini...
In shaa Allah..
terlalu banyak nikmat lain di anugerahkan Ilahi disebalik kekurangan ini..
yang sepatutnya aku syukuri..
Alhamdulillah..
aku cuba untuk redha dalam setiap ujian-Nya..
biarpun bukan itu yang aku mahu..
pasti ada manis di sebalik kepahitan..
pasti ada bahagia di sebalik kedukaan..
pasti ada pelangi selepas datangnya hujan..
sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui kemampuan diri ini untuk hadapi setiap ujian yang diberi..
cuma pintaku..
agar terus diberikan kekuatan dan ketabahan
serta kecekalan hati dalam melalui liku-liku kehidupan yang seterusnya ini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan