Jika menggunakan tangan untuk menguli,
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku, suhunya lebih kurang 30 darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus,kononnya nak jimat, bila buat apa pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi suatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah terutamanya sukatan marjerin atau butter. Butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan ini akan mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya ambil air suam dalam suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika. Jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. Itu cara selamat, tapi kalau confident boleh terus letak yis dalam adunan.
5. Proses menguli, buat roti ni terus lebur je semua bahan, tapi kalau ada penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.
6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli menggunakan tangan, seperti yang dimaklumkan sebelum ni, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit marjerin dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ini boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mana yang anda suka, lepas tu keluarkan dari plastik dan uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur sebab doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan palstik wrap atau pun kain bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
8. Tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin, dan uli beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suka. Dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit lebih kurang 8 minit baru dimasukkan inti ataupun diletakkan terus dalam loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jangan over perap, nanti liang-liang roti jadi besar dan roti takkan gebu. Semuanya kena timing betul-betul. Masa perap ni jangan lama, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit ataupun bila dah tengok naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu kan. Untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, glis perlahan atas doh dan terus bakar, jangan glis terlalu awal, nanti rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja glis ya.
11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, bila nampak dah perang kat permukaannya tu, terus buka pintu oven dan cover atas roti tadi dengan aluminium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan permukaan doh yang tidak begitu perang.
Haaaaa..macam mana banyak yang perlu kita jaga kan bila buat roti ni kan..dan kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, kalau terus bakar dalam breadmaker selalunya takde masalah. Buat roti pun bukan terus boleh jadi.
SELAMAT MEROTI.. ;)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan