CHANGE IT..

CHANGE IT..

Khamis, 26 Februari 2015

..mencari bahagia di hati sendiri..

Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana. Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta.

Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia, fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut. dada tidak sempit dan pernafasan lancar.

Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.

Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu.

Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia. dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati.

Kita bercakap tentang bahagia tulen. Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu?

Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?

Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?

Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama? tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu . Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukan nya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.

Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil. setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri? Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA. Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui.

Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan.Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini, PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi, penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.

Isnin, 23 Februari 2015

..pelengkap hidupku..(eren ft romi)

..aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarangaku bagai bintang yang tak ditemani malammelihat dirimu ada senyum canda dan tawayang membuat aku tak ingin pergi darimu..
..teringat janji lamamu kepada kuteringat aku teringatteringat saat kau masih ada di sinitemaniku sepanjang hari..
..bila kau pergi jauh ingatlah akubila ku di sampingmu peluk tubuhkubila kau rindu aku panggil namakuku datang menemuimu..
..peluk erat jasadku jangan lepaskantetaplah kau di sini arungi malamkarena hanya dirimu belahan jiwapelengkapku di dunia..
#en hubby sygku..cuba hayati bait2 lirik lagu ini..just for u syg...

Khamis, 12 Februari 2015

buat encik hubby yang disayangi selalu..hehehe


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Ya Allah..
Peliharakanlah lidah ku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran-Mu Ya Rabb..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangan ku di titian-Mu
Kurniaknalah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia-Mu
Peliharakanlah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berikanlah aku kesabaran untuk menhadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diri ku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu
Ya Allah..
Kuatkanlah aku dalam menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hati ku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada-Mu,
Ya Allah..
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu
Ya Allah Ya Tuhan ku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal Alamin...


:: buat en hubby Nor Azam yg ku sayangi selalu..terima kasih kerana terima syg menjadi teman hidup abg, sabar dengan karenah dan ragam syg yg sering menguji kesabaran abg..abg adalah anugerah yang terindah dalam hidup syg..terima kasih kerana menyayangi syg seadanya..

Tips membuat roti

Jika menggunakan tangan untuk menguli,
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku, suhunya lebih kurang 30 darjah.

2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus,kononnya nak jimat, bila buat apa pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan elastik.

3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi suatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah terutamanya sukatan marjerin atau butter. Butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan ini akan mematikan yis.

4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya ambil air suam dalam suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika. Jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. Itu cara selamat, tapi kalau confident boleh terus letak yis dalam adunan.

5. Proses menguli, buat roti ni terus lebur je semua bahan, tapi kalau ada penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.

6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli menggunakan tangan, seperti yang dimaklumkan sebelum ni, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit marjerin dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ini boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mana yang anda suka, lepas tu keluarkan dari plastik dan uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.

7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur sebab doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan palstik wrap atau pun kain bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.

8.  Tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin, dan uli beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suka. Dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit lebih kurang 8 minit baru dimasukkan inti ataupun diletakkan terus dalam loyang pembakar.

9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jangan over perap, nanti liang-liang roti jadi besar dan roti takkan gebu. Semuanya kena timing betul-betul. Masa perap ni jangan lama, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit ataupun bila dah tengok naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.

10. Sebelum bakar, kena glis dulu kan. Untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, glis perlahan atas doh dan terus bakar, jangan glis terlalu awal, nanti rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja glis ya.

11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, bila nampak dah perang kat permukaannya tu, terus buka pintu oven dan cover atas roti tadi dengan aluminium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan permukaan doh yang tidak begitu perang.

Haaaaa..macam mana banyak yang perlu kita jaga kan bila buat roti ni kan..dan kalau  guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, kalau terus bakar dalam breadmaker selalunya takde masalah. Buat roti pun bukan terus boleh jadi.

SELAMAT MEROTI.. ;)