Dalam kekecewaan ini, kebiasaannya diri kita akan berada dlm 2 keadaan. Keadaan yang pertama, kita akan terjebak dalam nafsu. Contoh, satu org anak yg kecewa dengan keputusan ibubapanya, dia akan memberontak dan untuk menghilangkan tekanan yang dia rasai. Si anak itu akan cuba sesuatu yg baru, seperti hisap ganja, pil kuda atau dadah semata2 utk menghilang masalah yang dia rasai. Dalam keadaan ini, amat malanglah utk diri si anak dan ibubapanya.
Yang kedua kita kembali kepada fitrah kejadian manusia. Satu orang yang berasa kecewa dengan dirinya akan cuba utk mencari penciptanya. Contoh, satu orang yang gagal dalam pelajarannya, dengan iman yg ada dalam dirnya, dia akan cuba utk bermunajat kpd Allah. Mintak pada Allah dan dia redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan untuknya.
Dan sungguh sangat-sangat beruntunglah andainya dalam saat-saat tergoncangnya jiwa dan dalam keaadaan iman di hujung halkum, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada benih iman di dalam hati untuk yakin pada Pencipta. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir, majlis-majlis yg menyebut-nyebut nama Allah, yang akan melahirkan ketenangan dalam jiwa.
Dunia dicipta untuk manusia, manakala manusia dicipta untuk akhirat. Dalam hidup kita di dunia ini, boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Kita kejar harta yang bertingkat. Kita kejar pangkat yg berdarjat. Kita kejar cinta dunia yg bernafsu dan kita lena dalam nikmat maksiat di dunia. Ok Fine!! Aku tak nafikan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan mesti terlaksana dan tidak semua yang kita mahu harus tercapai. Cukuplah dengan ketentuan Allah terhadap kita. Sesungguhnya Allah telah aturkan semua perkara dalam kehidupan kita.
Wahai Jiwa2 yang Gundah..
Cuba kita menjengah ke luar jendela. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga dengan kegagalan, kita mudah menghukum Pencipta kita. TIDAK ADIL, KEJAM dan macam-macam lagi kata-kata yg mungkin mengugat iman kita. Padahal kecewa kita atas kegagalan dan silap kita sendiri, membawa maksud kepada erti kegagalan iaitu "tidak tercapainya apa yg memang bukan hak kita".
Apa yg memang menjadi hak kita di dunia ini kita akan dapat. Harta, pangkat, jodoh dan rezeki Allah telah tetapkan. Tidak akan mati seseorang itu, jika dia telah ditakdirkan untuk makan 10 guni beras semasa hidupnya. Sebelum dia habiskan sebiji beras yg terakhir selagi itu dia selamat dari ajal. Cuma kita perlu usaha atas satu perkara sahaja, iaitu IMAN.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Kekecewaan dalam perhubungan juga boleh mengubah kita secara total 360 degree. Kadang-kadang kita tidak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita. Kita selalu meminta yg terbaik dalam istikharah cinta kita. Kita cuma mahukan dia, hanya dia.. Kita mendesak kepada Allah, yg kita cuma mahukan dia. Kerana kita sangat mencintai si dia. Seakan-akan kita yg menentukannya dan kita memaksa dalam meminta. Kita cuma ikut hati kita, ikut nafsu kita sahaja. tapi kita tak ikut ketentuan Allah terhadap kita. Hasilnya, bila putus hubungan dengan seseorang. Musuh pula yg tercipta, Tuhan pula yang dihina.
Wahai jiwa-jiwa yang terguris, dengarkan ini pesan Penciptamu:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216).
Sebagai kesimpulannya, janganlah kita kecewa dengan apa yang telah berlaku. BANGUN SAHABAT-SAHABATku, BANGUN !!! Jangan menangis lagi atas kekecewaan mu itu, Jangan bazirkan air mata atas cinta nafsu mu. Jangan biarkan air mata mu mengalir utk sesuatu yg bukan hak mu. Lupakan semua itu, keluarlah dari kepompong gelap itu. Datanglah pada cahaya Ilahi. Sesungguhnya Allah ada bersama mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.
Wahai jiwa-jiwa yang kecewa. Ingatlah yang jiwa ini juga pernah kecewa, jiwa ini juga pernah terlena dlm nikmat nafsu sebelum tersedar disapa oleh cahaya Ilahi.
#copy & paste#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan