CHANGE IT..

CHANGE IT..

Rabu, 24 September 2014

Tips memasak kek dan biskut

Saya tertarik ingin kongsikan beberapa tips yang saya perolehi dari Mr Google yang saya rasakan amat berguna lagi praktikal dan boleh diamalkan ketika proses penyediaan kek dan biskut kelak..

>> panaskan ketuhar terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi sebelum mula membakarnya

>> gunakan gula halus apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik-bintik putih dipermukaan kuih-muih

>> gunakan telur yang besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul akan mengembang daripada telur sejuk
- telur besar 70-75gm
- telur sederhana 60-65gm
- telur kecil 55gm

>> apabila memukul telur dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan putih

>> pastikan kuning dan putih telur tidak bercampur ketika diasingkan. Sedikit kuning telur yang termasuk ke dalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit telur

>> jangan campurkan telur terlalu cepat ke dalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih. Walaubagaimanapun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedidkit tepung

>> apabila mencampurkan  tepung ke dalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur. Gelembung udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek

>> pastikan adunan di tepi mangkuk dikikis dan dicampurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang

>> untuk menyamakan tepung biasa dengan tepung berserbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik ke dalam 120gm tepung gandum serbaguna

>> jangan membuka pintu ketuhar dalam masa 20 minit pertama semasa membakar kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam (tenggelam). Suhu ketuhar yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kek tenggelam kerana adunan dipaksa naik terlalu cepat

>> kek span yang tidak cukup masak atau disejukkan dalam udara kering akan menyebabkan kek kecut dan berkedut

>> pastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar. Cara yang baik untuk memastikan kek sudah masak ialah dengan mencucuk pencucuk kuih di tengah-tengah kek. Jika alat penguji kek ini bersih, ia menunjukkan kek boleh di keluarkan dari ketuhar

>> kek span elok di makan pada hari ia dibuat. Kek yang menggunakan mentega pula elok disimpan di dalam bekas yang kedap udara untuk beberapa hari. Gingerbread atau kek buah-buahan yang semakin sedap ialah apabila di simpan lebih lama

>> kek dan biskut tidak boleh disimpan di dalam bekas yang sama kerana biskut akan lemau

>> yis basah mestilah bewarna putih dan kekelabuan. Ia mesti naik dan berbuih apabila dimasukkan ke dalam susu atau air suam dalam masa 10-15minit. Jika tidak,yis itu sudah basi

>> akhir sekali, pastikan air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus

(sumber Majalah Rasa 2005)

Selasa, 23 September 2014

Berlalunye MASA itu..

Tinggal beberapa hari je lg..ikatan perkahwinan kami berusia 3bulan..pejam celik pejam celik..cepat nye masa tu berlalu..
Alhamdulillah..hidup aku totally berubah..sampaikan tiada masa nk mengadap oven dh..balik keje je trus sibuk uruskan rumahtangga lak..memasak..membasuh..hurmmmm..aku suka life mcm ni...smpaikn pukul 9mlm kdg2 masih didapur...no wonder berat badan aku mencanak2 naik ke 61kg bulan ni..well..hati senang-lenang kn..hehehe..
3bulan berlalu..masih di tempoh honeymoon lg..tiada tanda2 'berisi'..ermmm..mungkin belum ade rezeki utk kami..xpe..ketentuan Allah itu adalah yang terbaik..mungkin Allah dah tentukan ade rezeki part lain yang lebih baik buat kami..sape tau kn..?ape pun kami terima dengan hati terbuka...
Sedikit pun aku xpernah menyangka yang aku masih berpeluang utk menikmati rasa bahagia seperti skrg ni.satu perasaan yang xpernah aku alami dlm perkahwinan yang lalu.syukur dengan ape yang aku miliki pada hari ini..memang sifat penyayangnye tidak ditunjukkan sepenuhnya..tapi aku dapat merasakan rasa itu.hidup aku kini dilimpahi penuh kasih sayang dari seorang lelaki bernama SUAMI...


Firman Allah yang bermaksud: “Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah” ( Surah Ibrahim ; 34)

Ukuran Kejayaan

Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.
"RENUNGAN MASA TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.
"SELAMAT BERBAHAGIA SEHINGGA MASA TUA"

Isnin, 8 September 2014

untuk jiwa yang KECEWA

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Kecewa dgan ketentuan Allah terhadap kita. Kecewa dengan keputusan kedua ibubapa kita. Kecewa dgan sikap kawan-kawan kita. Kecewa  dengan keputusan pelajaran kita dan kita sering kecewa dengan hidup @ diri kita. Kekecewaan ini, kadang-kadang membuatkan diri kita kosong, sunyi, rasa macam tersisih dan mahu menyendiri. Perasaan ini membuatkan diri kita macam tak dihargai oleh orang sekeliling. Jadi secara jelas disini, telah terangkan maksud sebenar di sebalik kata kekecewaan itu, yakni "sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan."

Dalam kekecewaan ini, kebiasaannya diri kita akan berada dlm 2 keadaan. Keadaan yang pertama, kita akan terjebak dalam nafsu. Contoh, satu org anak yg kecewa dengan keputusan ibubapanya, dia akan memberontak dan untuk menghilangkan tekanan yang dia rasai. Si anak itu akan cuba sesuatu yg baru, seperti hisap ganja, pil kuda atau dadah semata2 utk menghilang masalah yang dia rasai. Dalam keadaan ini, amat malanglah utk diri si anak dan ibubapanya.

Yang kedua kita kembali kepada fitrah kejadian manusia. Satu orang yang berasa kecewa dengan dirinya akan cuba utk mencari penciptanya. Contoh, satu orang yang gagal dalam pelajarannya, dengan iman yg ada dalam dirnya, dia akan cuba utk bermunajat kpd Allah. Mintak pada Allah dan dia redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan untuknya.

Dan sungguh sangat-sangat beruntunglah andainya dalam saat-saat tergoncangnya jiwa dan dalam keaadaan iman di hujung halkum, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada benih iman di dalam hati untuk yakin pada Pencipta. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir, majlis-majlis yg menyebut-nyebut nama Allah, yang akan melahirkan ketenangan dalam jiwa.

Dunia dicipta untuk manusia, manakala manusia dicipta untuk akhirat. Dalam hidup kita di dunia ini, boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Kita kejar harta yang bertingkat. Kita kejar pangkat yg berdarjat. Kita kejar cinta dunia yg bernafsu dan kita lena dalam nikmat maksiat di dunia. Ok Fine!! Aku tak nafikan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan mesti terlaksana dan tidak semua yang kita mahu harus tercapai. Cukuplah dengan ketentuan Allah terhadap kita. Sesungguhnya Allah telah aturkan semua perkara dalam kehidupan kita.

Wahai Jiwa2 yang Gundah..

Cuba kita menjengah ke luar jendela. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga dengan kegagalan, kita mudah menghukum Pencipta kita. TIDAK ADIL, KEJAM dan macam-macam lagi kata-kata yg mungkin mengugat iman kita. Padahal kecewa kita atas kegagalan dan silap kita sendiri, membawa maksud kepada erti kegagalan iaitu "tidak tercapainya apa yg memang bukan hak kita".

Apa yg memang menjadi hak kita di dunia ini kita akan dapat. Harta, pangkat, jodoh dan rezeki Allah telah tetapkan. Tidak akan mati seseorang itu, jika dia telah ditakdirkan untuk makan 10 guni beras semasa hidupnya. Sebelum dia habiskan sebiji beras yg terakhir selagi itu dia selamat dari ajal. Cuma kita perlu usaha atas satu perkara sahaja, iaitu IMAN. 

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Kekecewaan dalam perhubungan juga boleh mengubah kita secara total 360 degree. Kadang-kadang kita tidak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita. Kita selalu meminta yg terbaik dalam istikharah cinta kita. Kita cuma mahukan dia, hanya dia.. Kita mendesak kepada Allah, yg kita cuma mahukan dia. Kerana kita sangat mencintai si dia. Seakan-akan kita yg menentukannya dan kita memaksa dalam meminta. Kita cuma ikut hati kita, ikut nafsu kita sahaja. tapi kita tak ikut ketentuan Allah terhadap kita. Hasilnya, bila putus hubungan dengan seseorang. Musuh pula yg tercipta, Tuhan pula  yang dihina. 

Wahai jiwa-jiwa yang terguris, dengarkan ini pesan Penciptamu:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216).

Sebagai kesimpulannya, janganlah kita kecewa dengan apa yang telah berlaku. BANGUN SAHABAT-SAHABATku, BANGUN !!! Jangan menangis lagi atas kekecewaan mu itu, Jangan bazirkan air mata atas cinta nafsu mu. Jangan biarkan air mata mu mengalir utk sesuatu yg bukan hak mu. Lupakan semua itu, keluarlah dari kepompong gelap itu. Datanglah pada cahaya Ilahi. Sesungguhnya Allah ada bersama mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.

Wahai jiwa-jiwa yang kecewa. Ingatlah yang jiwa ini juga pernah kecewa, jiwa ini juga pernah terlena dlm nikmat nafsu sebelum tersedar disapa oleh cahaya Ilahi. 

#copy & paste#

Khamis, 3 Julai 2014

Hati berbunga riang <3<3<3

27 jun 2014 ~ hari bersejarah bagi kami..terjalinnya satu ikatan yang sah antara aku dan suami tersayang Nor Azam bin Johari. Majlis super simple..alhamdulillah..perjalanan segalanya dipermudahkan..syukur padaMu ya Allah..moga ikatan yang terjalin ini berkekalan buat kami hingga ke akhir hayat...amin...
Flashback perkenalan kami..perkenalan yang cukup singkat..kenal hanya di laman sesawang 'tagged'. 1st date kami 17 jun 2014,kami menonton wayang di Setia Walk Puchong. Hurmmmm..cerita selebihnya biarlah ianya menjadi memori kami bersama..

Abang..mengenali dirimu dan sah menjadi isterimu adalah satu saat yang tak mungkin sayang lupakan dan ianya akan tetap kekal dalam ingatan sayang selagi Allah meminjamkan anugerah ini..terima kasih kerana sudi menyayangi dan terima sayang menjadi suri hidupmu.moga kasih sayang yang tercipta antara kita ini berkekalan hingga ke syurga...amin...

Jumaat, 9 Mei 2014

HIDUP ini

Hidup ini tak semudah yang disangka..
Hari ini kite mampu bergelak ketawa..senang hati..esok lusa..belum pasti kite akn rasa benda yang sama..
Hidup umpama putaran roda..kita tak sentiasa berada di atas..setiap ape yang kita buat pasti ada balasan.baik kita buat pada orang sekeliling kita,baik la yang kite dapat..mcm tu juga sebaliknya.tapi..bukan semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.manusia pelbagai ragam dan rupa..rambut sama hitam..hatinya sukar diduga..anggap je itu ujian untuk menguji kesabaran kite agar tidak terus leka dengan kehidupan yang penuh pancaroba.
Hurmmmm..6 mei 2014 yang lalu genap 6 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam..satu tempoh yang sangat panjang.
Bermula dari bertugas di pusat serenti di utara tanah air hingga oktober 2009..berpindah ke pusat serenti di Tampin kerana kerja-kerja baikpulih bangunan pusat serenti Serdang.huhhh..lega.dlm tempoh tu dh bmacam yang aku lalui.relax jer..biarpun sikit stress...chill la..hahaha..sesiapapun ade bahagian masing2..julai 2010 berpindah lak balik ke utara nunnnn ke alor star..aku suka..cabaran hidup mematangkan..membuatkn aku susah utk percayakan orang lain biarpun bernama 'sahabat'.thats why nye tiada istilah 'sahabat karib' dalam kamus hidup aku.hari-hari mendatang aku lalui dgn mengadap mcm2 ragam manusia..kdg2 satu perkara yang tak pernah ku jangka..indahnya title di pangkal nama seorang manusia tu tak menggambarkan sifat peribadi yang sepatutnya..itu la yang dinamakan manusia kan..?tak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oktober 2011 kembali ke negeri kelahiran dengan tiket ikatan perkahwinan.hidup terus diduga...aku yang cari bala..haha..padanla muka.tapi..jika tanpa semua dugaan dan ujian tu belum tentu aku mampu jadi sekuat hari ni..secekal begini.pahit manisnya sebuah kehidupan.belajar dan terus belajar dari kesilapan..takde sorang pun manusia di muka bumi ni terlepas dari melakukan kesilapan..yang berlalu biarkan terus berlalu bak air sungai yang terus mengalir di celahan batu.
Memang hidup kita diberi pilihan..semua inginkan yang terbaik..semua inginkan yang indah2..tp ingat..Allah maha mengetahui.segala yang terjadi telah dirancang elok oleh-Nya..setiap ape yang berlaku ade hikmah yang tersembunyi..cube kite cari dan renungkan..sampai masa,mati pasti menanti...aku juga akan MATI...

Jumaat, 18 April 2014

keperitan suatu kemanisan akhirnya

Allah sentiasa pemurah memberikan hidayahNya. Namun yang membezakan zaman dahulu dan sekarang ialah zaman dahulu orang ‘tidak ada kekuatan’ untuk menerima hidayah.
Ya hidayah itu ada di mana-mana. Anda tengok pokok, lepas itu pokok itu bergoyang. Bukankah satu keajaiban buat orang yang berfikir, bahawa ada kuasa yang ...mampu menggerakkan sesuatu yang statik? Ya kuasa angin. Dari mana datang angin?
Hidayah adalah untuk orang yang berfikir? Setuju?
Bila sampai suatu ketika dalam kehidupan kita ini, kita akan bertemu dengan dilema. Tersepit antara pilihan-pilihan. Kita akan menimbangkan-nimbangkan baik buruk setiap pilihan. Kita mengharapkan kita buat pilihan yang tepat.
Tapi, berubah itu perit la..
Memanglah perit nak buang apa yang dah jadi kebiasaan kita. Pengalaman saya sendiri baru-baru ini, kalau kita cabut satu gigi tanpa cucuk ubat bius, mau sakit sampai demam-demam. Sebab? Gigi tu dah lama hidup dengan kita, dah jadi sebahagian daripada diri kita.
Usahlah terlampau memaksa diri. Bukan semua gigi yang perlu dibuang. Ada yang masih boleh diselamatkan dengan menampal, membuat crown, membuat rawatan akar dan sebagainya. Yang sudah mereput itu kena buang. Yang masih bagus itu, jaga dia sampai sihat, cantik dan berkilat-kilat.
Usahlah gopoh. Kita ini manusia biasa. Kita belajar daripada kesilapan. Kesempurnaan itu bukanlah destinasi tapi perjalanan. Kalaulah kesempurnaan itu destinasi, kita tak akan sampai kepadanya. Tapi kalau ia adalah perjalanan, kita akan sampai kepada sejauh mana kita berjalan menujunya.
Banyakkan doa dan amal. Teruskan berubah dan berubah ke arah kebaikan, jangan berhenti hanya kepada satu kebaikan sahaja!

#Datuk Dr Maznah Hamid#

siapa dia yang masih disisi kita..?

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita....
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar.
Siapa insan baru yang akan anda temui hari ini?

#Datuk Dr Maznah Hamid#

my 1st time be a blood donor after 30 years old..

Penderma Darah Jenis A
pertama kali seumur hidupku menjadi penderma darah di Program Kempen Derma Darah di Kolej Antarabangsa Nightingale,Seremban..dalam gemuruh dan takut,ku gagahkan jua..tgk jarum disuntik kt tgn orang len...mak uiii ai..besar sungguh jarumnye..tp bila turn aku..xde rase ape pun..hurmmmm..maybe..akn jadi penderma darah lagi untuk next time..in shaa Allah...

Jumaat, 11 April 2014

Memahami HAKIKAT KEHIDUPAN

Bagi seorang Muslim dia amat jelas daripada perkhabaran al Quran dan juga al Sunnah bahawa hakikat hidup dunia adalah satu perhentian untuk mencari bekal untuk satu kehidupan yang kekal abadi. Nak atau tak nak semua manusia akan menuju kepadanya.Dan semua manusia adalah sama, yang bezanya adalah sama ada dia tahu atau tidak hakikat ini dan apabila dia tahu yang bezanya pula adakah dia bersedia atau tidak untuk menghadapinya.
Kehidupan di dunia ini pada hakikatnya bukan tempat pembalasan sebenar walaupun kadangkala ia nampak macam dibalas baik mereka yang melakukan kebaikan dan dibalas buruk bagi mereka yang melakukan kejahatan. Hakikat sebenar hidup dunia ini adalah tempat ujian dan Allah menjadikan segala bentuk kenikmatan sebagai perhiasan untuk menguji manusia siapakah yang paling baik amalannya.
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan segala apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah yang paling baik amalannya” (al Kahfi 7)
Perhiasan dan Ujian adalah dua perkara yang sinonim, untuk membezakan dan mengkategorikan siapa yang melaluinya. Ada manusia yang tenggelam di dalam perhiasan itu sehingga menyangka bahawa itulah hakikat kehidupan dan tidak ada kehidupan yang lain selainnya(hakikat mereka yang tidak beragama). Ada manusia yang mengetahui adanya kehidupan yang lain selepas ini tetapi tidak mengetahui jalan yang betul untuk menghadapi Ujian tersebut menyebabkan dia juga sesat di dalam Perhiasan itu(inilah hakikat hidup penganut agama selain Islam) . Ada pula manusia yang meyakini adanya kehidupan selepas mati dan mengetahui bahawa dunia ini adalah ujian Allah secara umum, tetapi tidak tahu bagaimana cara ditil yang selamat untuk berjaya menghadapi ujian tersebut( kebanyakan mukmin yang jahil tentang agama), mereka juga akan tenggelam dalam perhiasan yang amat menguji seseorang. Ada pula manusia yang mengetahui semuanya tentang hakikat tersebut tetapi dek kerana Perhiasan itu amat mengujanya dan dek kerana hakikat dirinya yang kalah dengan runtunan nafsu menyebabkan dia menyerah kepadanya( mukmin yg derhaka- ‘Asi -kepada Allah),  dan ada pula di kalangan mereka yang tenggelam timbul sekali kalah, sekali menang dan itulah kebiasaan seorang mukmin… dalam berhadapan dengan nafsu dan syaitan…
Kehidupan Adalah Ujian…
Pada hakikatnya semua manusia seolah-olah berada di dalam dewan peperiksaan yang besar yang meliputi alam semesta. Tak kira dia itu seorang pemerintah atau rakyat jelata, seorang alim atau jahil, seorang kaya atau miskin, kesemuanya berada didalam dewan itu dan kesemuanya akan mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal.Di sana ada pemerhati yang senentiasa mencatat setiap tingkah lakunya sama ada kecil atau besar :
” Tidak menutur satu kata-kata pun melainkan di sisinya Raqib dan Atid (yg mencatat segala-galanya)” Qaf:18
Begitu juga segala anggota badannya menjadi saksi di atas perbuatannya. Termasuk bumi tempat dia berpijak dan sesama manusia akan menjadi saksi antara satu sama lain dan akhirnya Allah Maha menyaksi atas segala sesuatu…
Tempuh…
Bermula daripada seseorang itu diTaklifkan (berakal dan cukup umur) sehinggalah ke saat kematiannya hakikatnya seorang itu berada di dalam peperiksaan. Bezanya kita dengan seorang pelajar, seorang pelajar mengetahui bila tempuh akhir ujian tersebut sedangkan manusia pada bila-bila masa sahaja loceng Izrail akan dibunyikan menandakan tamatnya tempuh ujian tersebut…
Andaikata seorang pelajar tidak diberitahu bila tempuh tamat ujian dan pada bila-bila masa saja kertas ujiannya akan dipungut nescaya dia akan menggunakan setiap saat  serta akan memerahkan segala usahanya yang ada untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat tanpa melengahkan dengan apa-apa yang tidak berkaitan dengannya. Begitulah halnya keadaan  seorang  Muslim apabila dia faham dan sedar tentang Hakikat kehidupan ini. Yang penting baginya adalah kejayaan… yang penting baginya lulus… tak kira apa bentuk soalannya dan berapa banyak yang  akan ditanya serta senang atau susah soalannya… yang penting lulus dan jauh daripada kegagalan…
Peralatan ujian
Seorang pelajar peralatan ujiannya adalah pen, pemadam,serta diagihkan kepadanya kertas-kertas soalan dan disediakan kertas jawapannya. Adapun manusia peralatan ujiannya di alam buana ini adalah segala yang dimilikinya, tubuh badannya, masa dan umurnya, hartanya,ilmunya bahkan segala tenaga dan keupayaan yang dikurniakan kepadanya…Itulah peralatan yang digunakan untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat…
Skop soalan
Ruang lingkup soalan yang manusia akan menghadapi dalam ujian hidupnya amat luas yang boleh kita simpulkan seperti berikut:
1- Segala perintah dan kefardhuan yang mesti dilakukan…
2- Segala larangan dan perkara yang haram yang mesti dijauhi..
3- Segala nikmat dan kurniaan yang wajib disyukuri… dan
4- Segala kesusahan dan kepayahan yang wajib bersabar dalam menghadapinya…
Kejayaan…
Orang yang akan berjaya hanyalah orang yang dirahmati oleh Allah yang mengikuti Petunjuk Nabi s.a.w. dalam menghadapi kesemuanya itu tanpa lemah atau melampau tanpa mengira daripada golongan mana dia datang. Jika dia daripada pemimpin atau pemerintah maka jawapan yang betul bagi kedudukannya ialah berlaku adil serta menghindarkan segala bentuk kezaliman terhadap mereka yang di bawah pinpinannya . Jika dia ditakdirkan kaya oleh Allah maka dia bersyukur dengan menafkahkan hartanya di jalan yang di tunjuki oleh Muhammad s.a.w. tanpa dipengaruhi sifat bakhil yang bersemi di jiwa. Jika dia Alim dan diberi ilmu oleh Allah dia amanah dengan ilmunya tanpa merasa takut dengan celaan orang yang mencela.Begitulah seterusnya jika dia ditakdirkan miskin atau susah maka jalan kejayaan bagi situasi ini adalah bersabar dengan apa yang dihadapinya serta berusaha mencari sebab dan musabbab untuk melepasi kepayahan itu.Jika berjaya keluar dari kesusahan itu kita bersyukur dan jika tidak kita terus bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi yang mungkin menginginkan KEJAYAAN bagi kita dalam bentuk sedemikian… ” Dan KEBAIKAN AKHIRAT ITU LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL ABADI…” al A’la:17
Semoga kita semua berjaya di dalam menghadapi ujian ini yang tidak diketahui bilakah penghujungnya…

IKHLAS kah kita...

Oleh Imam Khalid di Soleh.Net

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas.”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhan-Nya

2. kerana keredhaan-Nya

3. kerana arahan-Nya

4. kerana mentaati-Nya

5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal

2. pertengahan

3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Wallahu a’lam.

Renungan bersama..

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya .....)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA..
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

PUDING MILO OREO

Semalam tibe-tibe kt facebook terkuar lak pic pudding milo oreo ni..tgk tang resepi simple sangat-sangat..balik keje terus beli barang,malam beroperasi di dapur...dan ini la hasilnya..

Bahan-bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus 20gm strip jelly @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Jumaat, 4 April 2014

JODOH, REZEKI...siapa anda untuk MEMPERTIKAIKANNYA..?

Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah SWT..
Siapa kita untuk MEMPERSOALKAN tentang perkara-perkara yang melibatkan jodoh,rezeki,ajal dan maut DIRI SENDIRI atau ORANG LAIN..?

Dan kebiasaannya orang-orang kat luar sana selalu tanya soalan macam ni..

#Kalau belum jumpa jodoh#
"Kau ni memilih sangat ke?Kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami / isteri? Kau nak tunggu jadi 'season' ke baru nak kawin?"

#Kalau dah berkahwin#
"Kau ni tak beranak-anak,kahwin dah lama.Kau merancang ke apa ni?"

atau..

#Kalau belum jumpa jodoh#
"Bila nak kahwin?Anak aku dah nak masuk setahun dah ni.Kau tu masih membujang lagi"

#Kalau dah berkahwin#
"Baru sorang jer anak kau?Bila nak tambah lagi?Anak aku nak masuk tiga dah ni."

atau..

#Kalau belum jumpa jodoh#
"Kau kahwin lambat-lambat ni,nanti umur dah banyak susah nak beranak tau!!"

#Kalau dah berkahwin#
"Umur dah nak cecah 40,anak kau baru sorang..?Tgkla sikit hari lagi..confirm kau susah nak beranak.."

~Manusia bercakap macam dia punya KUASA meramal masa depan orang lain SETEPAT perancangan yang Allah dah aturkan...
~Bertanyakan soalan bertubi-tubi tanpa memikirkan sensitiviti orang yang ditanyakan...

Adakah mereka yang berkahwin awal,punya zuriat awal / ramai,boleh sesuka hati bertanya macam tu sebab mereka rasa HIDUP mereka LEBIH SEMPURNA sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing?

Tapi..kita kena ingat....

i ~ Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat

ii ~ Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tapi jodoh dia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat

iii ~ Tuhan juga TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat, maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.


Hormatilah orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan macam-macam soalan yang lebih membuatkan dia tertekan. ingat..bukan semua orang boleh mengawal tekanan dengan waras. andainya orang yang ditanyakan itu hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan..atau tidak buat dia TIDAK PERCAYA dengan takdir Tuhan..nanti kita same-same share dosa.

Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia.Itu yang kita nampak. Adakah kita tau apa yang Tuhan dah aturkan untuk masa depan dia..? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia jauh lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat.

Hormatilah perasaan mereka..

Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi..?Semua orang tak mahu.Tapi kalau dah Tuhan aturkan untuk dia macam tu, siapa kita untuk MENGHAKIMI takdir tersebut? dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita...



YAKINLAH..setiap rezeki itu nikmat dari Allah..


Kata pujangga tentang Rezeki
"Masing-masing dari orang miskin dan kaya harus menunaikan sabar dan syukur.
kerana, iman itu terbahagi dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur.
boleh jadi bahagian kesabaran orang kaya itu lebih banyak, kerana ia bersabar padahal ia mampu (untuk melakukan hal yang terlarang),
sehingga kesabarannya lebih sempurna dibandingkan orang yang kesabarannya yang disebabkan ketidakmampuan (yakni orang miskin) yang terhad.
Dan (demikian pula sebaliknya), boleh jadi kesyukuran orang miskin itu lebih sempurna.."

" keberkatan adalah sebaik-baik keuntungan.."

"Rezeki lebih atau kurang bukan sukatan redha Allah terhadap kita...kita tak pasti rezeki banyak juga tak semestinya rahmat yang Allah beri...Rezeki banyak boleh jadi jugak Istidraj dan ujian utk kita...
Banyak bersedekah adalah terbaik..."

" JIKA KITA BOLEH BERSYUKUR DENGAN APA YG KITA ADA..KITA TAKKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA. YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH."

KEK KEJU STRAWBERRY

Bahan-bahan :
5 biji telur gred A
2 biji kuning telur
150 gm gula halus
1 sudu teh ovallete
2 sudu teh cream cheese Tatura
3 sudu teh susu pekat F&N
1/2 ketul butterlite ~ dicairkan dan disejukkan
100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
emulco strawberry


Topping :
Cream cheese Philadhelphia
Susu pekat F&N - secukup rasa
Cheddar cheese - disagat


Cara-cara membuatnya :
~ pukul telur dan gula hingga kembang dan putih
~ masukkan ovallet. kacau hingga sebati
~ masukkan cream cheese Tatura. kacau sebati
~ masukkan susu pekat. kacau sebati
~ masukkan emulco. kacau hingga sebati dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
~ setelah sebati, masukkan butterlite yang telah dicairkan.
~ bakar dalam bekas 8"x8" selama 50 minit dengan susu 150dc.

utk topping :
~ setelah kek disejukkan, pukul cream cheese + susu pekat hingga sebati.
~ lepakan atas kek.kemudian sagatkan cheddar cheese.


Khamis, 27 Mac 2014

Don't be sad..You'll see that one day everything is going to be just fine..
Don't give up and try your best..Allah will always be with you !!



Rabu, 26 Mac 2014

Kata-kata Tanpa Suara...

'Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata'

'MUSTAHIL bagi SEORANG LELAKI, BOLEH MEMBAWA SEORANG WANITA MENETAP DI BULAN atau PLANET-PLANET LAIN.
Tetapi..TIDAK MUSTAHIL, bagi SEORANG LELAKI MEMBAWA SEORANG WANITA MENETAP DI TEMPAT YANG JAUH LEBIH INDAH, iaitu SYURGA.'
2) mereka cinta kepada harta benda. tetapi mereka lupa kepada hisab.
3) mereka cinta kepada makhluk. tetapi mereka lupa kepada al-khaliq
4) mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5) mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur.

'Manisnya iman, kerana ia mendekatkan kita pada Allah, kembali mengingatkan kita yang terleka'

'Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'


'Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik.."Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku"

'Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu'

'Ku sedari aku bukanlah sempurna. aku belajar menjadi diri aku apa adanya. tidakku cemburu menatap kelebihan dia, kerana ku yakini bahawa Allah itu menjadikan kita tidak sama. dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.'

'Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha. bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.'

'Jangan terburu-buru mengejar cinta. berhenti seketika. toleh ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?'

' Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita. Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita, semuanya kuasa Allah.. percayalah..'

'Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.'

' Sepatutnya katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih CANTIK, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. itulah sebaik-baiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.'

'Usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.'

'Jangan menangis kerana seorang lelaki/perempuan, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan.'

'Bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan, agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan, agar dapat ku pujuk hati, kerana, Allah lebih tahu..'

'Jika tak mampu berlari, cukuplah dengan berjalan.'

'Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, berjaya tanpa perjuangan. tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan. bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?'
' Cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang, kerana cinta adalah fitrah.'

'Berbahagialah hari ini, berbahagialah untuk setiap kebahagiaan yang engkau rasakan di hati. tidak perlu kau ukur dengan besar atau kecilnya nilai berbahagia itu. berbahagialah walau sekadar berwajah ceria dan sepatah kata dan salam.'

'Tetaplah berbahagia dan tersenyum dalam rangka mensyukuri segala anugerahNya hari ini. tetaplah berbahagia dan tersenyum seperti mentari yang tidak menunda kehadirannya, meskipun mendung menyelimuti indah sinarnya hari ini.'

'Kita berhendak. Allah juga berkehendak. Hanya kerana kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.'

'Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga? Maka jangan murahkan. Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan. Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.'

'Rasulullah s.a.w, bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,'Tidak ada balasan kepada hamba-Ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.'

'Rasulullah s.a.w telah bersabda, 'Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1) mereka cinta kepada dunia. tetapi mereka lupa kepada akhirat.
'kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.untung bagi mereka yang selalu diberi ujian , tanda Allah sayang padanya. semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah. apa yang ditetapkan untuk kita, itulah yang terbaik!'
;senyum merupakan cara terbaik untuk membuat diri anda cergas sambil membantu tubuh anda untuk berfungsi lebih baik;. senyumlah untuk meningkatkan kesihatan anda, kurangkan stress dan tingkatkan daya tarik anda'