Assalamualaikum dan salam sejahtera uols...
Lame dan jarang dah update blog ni..setahun sekali pun payah. Kali ni kite bersua lagi..untuk berkongsi kegembiraan atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020. Kali ni tiada naik pentas di Ibupejabat AADK, majlis berlangsung secara maya akibat pandemik Covid 19 yang dah hampir 2 tahun kami tempuhi. Ya Allah Ya Rabb..Kau angkatlah wabak ini jauh dari bumi Mu Ya Allah..kami sedar semua ini ujian Mu sebagai peringatan kepada kami hamba Mu bahawa kehidupan kini berada di penghujung zaman.
Berbalik kepada APC, majlis dikendalikan oleh AADK Negeri Sembilan bagi peringkat Zon Selatan..yang mana melibatkan seramai 91 orang penerima bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ni gambar di backdrop yang telah digunakan dalam Program Ideen dan diubahsuai diletak dalam bilik aktiviti untuk sesi bergambar bagi APC kali ini. Terima kasih untuk mak ayah yang selalu mendoakan kejayaan along. Terima kasih juga buat suami tercinta yang banyak memberi dorongan dalam menabur bakti dan faham akan tugas sayang. Terima kasih semua kesayangan saya!!!
bergambar bersama Pengurusan Tertinggi PUSPEN Jelebu..Puan Pengarah Puan Hajah Haslinda binti Jamaludin, Timbalan Pengarah I Puan Hajah Norazlin binti Harun dan Timbalan Pengarah II En Muhammad Afiq bin Mohd Salemi.
sesi bergambar bagi penyerahan slip Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000. hahaha...yang aku dah tebus awal lagi sebelum raya hari tu.
Ni gambar dalam slide montaj yang telah disediakan oleh pihak urusetia AADK Negeri Sembilan.Tahniah dan terima kasih daun keladi team AADKNS!!!
Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 bagi PUSPEN Jelebu.
Tahniah guyssss!!! Kekalkan momentum untuk terus lebih maju.