CHANGE IT..

CHANGE IT..

Isnin, 13 September 2021

APC untuk kali kedua selepas 13tahun perkhidmatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera uols...
Lame dan jarang dah update blog ni..setahun sekali pun payah. Kali ni kite bersua lagi..untuk berkongsi kegembiraan atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020. Kali ni tiada naik pentas di Ibupejabat AADK, majlis berlangsung secara maya akibat pandemik Covid 19 yang dah hampir 2 tahun kami tempuhi. Ya Allah Ya Rabb..Kau angkatlah wabak ini jauh dari bumi Mu Ya Allah..kami sedar semua ini ujian Mu sebagai peringatan kepada kami hamba Mu bahawa kehidupan kini berada di penghujung zaman.

Berbalik kepada APC, majlis dikendalikan oleh AADK Negeri Sembilan bagi peringkat Zon Selatan..yang mana melibatkan seramai 91 orang penerima bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Ni gambar di backdrop yang telah digunakan dalam Program Ideen dan diubahsuai diletak dalam bilik aktiviti untuk sesi bergambar bagi APC kali ini. Terima kasih untuk mak ayah yang selalu mendoakan kejayaan along. Terima kasih juga buat suami tercinta yang banyak memberi dorongan dalam menabur bakti dan faham akan tugas sayang. Terima kasih semua kesayangan saya!!!


bergambar bersama Pengurusan Tertinggi PUSPEN Jelebu..Puan Pengarah Puan Hajah Haslinda binti Jamaludin, Timbalan Pengarah I Puan Hajah Norazlin binti Harun dan Timbalan Pengarah II En Muhammad Afiq bin Mohd Salemi.


sesi bergambar bagi penyerahan slip Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000. hahaha...yang aku dah tebus awal lagi sebelum raya hari tu.



Ni gambar dalam slide montaj yang telah disediakan oleh pihak urusetia AADK Negeri Sembilan.Tahniah dan terima kasih daun keladi team AADKNS!!!


Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 bagi PUSPEN Jelebu.
Tahniah guyssss!!! Kekalkan momentum untuk terus lebih maju.

Isnin, 15 Februari 2021

wowwwww...bersua kembali selepas hampir 2tahun menyepi ;)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lame sangat tak update blog ni..busy sangat erk?? takdolaaa..tak teringat langsung pasal personal blog ni..lagipun sekarang ni tak berapa nak minat nak share story kt medsoc ni..suka low profile gitttewww...hahaha

Dah genap 3 tahun bertugas di Jelebu ni...sekarang dah bertukar unit pun, dari duk Pejabat Rekod, sekarang dah tukar ke LKV..jaga budak projek Bakeri. So far, alhamdulillah...tenang giler bila dah tukar unit ni. Tapi rase bosan gak..sebab dah biase sibuk..bila sibuk ni tak terasa masa berlalu, tup-tup dah waktu punch out. Ikutkan duk bakeri ni busy gak sebenarnya..cuma bila PKP ni..takde lawatan keluarga..owh yaaa..lupe nak mention, PKP ni stand for Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari pandemik Covid19. hurmmm..dah lebih setahun dunia di gemparkan dengan virus ni dan kami melalui norma yang baru..tak boleh keluar rumah kalau takde urusan, kena pakai mask, kena check suhu setiap kali masuk kedai atau mall. Moga semua ini cepat berlalu dan keluarga kami dilindungi dari wabak ini..aamiin..

Sambung cite semula...

Nak cite ape lagi erk..? hahaha...nantila..ade mase lagi nanti kita sembang lagi...

Tengah duk fikir nak buat ape lagi lepas ni..rase macam dah bosan tahap gaban ni..huhu..chowwww