CHANGE IT..

CHANGE IT..

Sabtu, 8 Jun 2019

on duty di raya ke-4 tahun 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin untuk semua viewers kan..baru raya ke-4, kire masih baru lagi..kan, masih terasa bahang hari raya tue..

Tapi, bagi den..raya kali ni feels nothing..macam tak raya pun, macam biase-biase jer, semangat pakai baju baru cantik-cantik je, n mungkin sebab masih ade mak ayah tu jer kan...sebab fikir mak ayah jer lagi kan, hurmmmm..

Hari ni orang lain masih bersemangat menikmati hari raya, berjalan ke sana ke sini..aku boleh request nak bertugas. Ikutkan aku minta untuk bertugas raya ke-3 lagi..tapi permintaan aku ditolak sebab nak bagi adil bagi pegawai di unit lain merasa sama bertugas pada hari raya.

Macam biase..bertugas di pusat pemulihan ni, yang dinanti dan ditanyakan di kalangan klien adalah kuih raya. Mendalami jiwa dan perasaan mereka pada musim perayaan ni..bercampur baur. Kadang-kadang diorang bukan nak sangat pun..sekadar mencari bahan untuk dibualkan. Sapaan dari mereka mengucapkan selamat hari raya sewaktu melangkah masuk untuk mengira muster sewaktu memulakan duty hari ni...memadamkan rasa malas aku pagi ni..hehehe..serius, pagi ni jam 6 pagi aku dah keluar dari umah mak ayah di kampung, dengan rasa sejuk..ya ampun, malas sesungguh rasanya. Tapi bila mengenangkan ada amanah yang terpikul di bahu..kuat gak la semangat nak bergegas ke tempat kerja. Tepat jam 7.30 pagi aku dah terpacak untuk punch card..

Tahun ni merupakan tahun kedua aku bertugas kat pusat ni..keje di sini seronok dan ringan sikit jika nak dibandingkan bekerja di daerah. Hurmm..nak bertukar lagi..?akan difikirkan di masa akan datang. Nak kumpulkan cuti banyak-banyak dulu untuk GCR, sebab kt pusat ni la paling senang nak kumpul cuti, kat daerah aku duk pulun menghabiskan cuti sebab sangat penat mental dan fizikal dengan bebanan tugas yang terlalu banyak.

Okaylah semua..hujan dah mulai reda, nak gi intai-intai klien kat dalam jap. Waktu on duty pun de dalam sejam lebih je lagi ni. Anggota keselamatan pun dah bertukar shift. Ade mase nanti kite sharing cite lagi, okay... ingat-ingat makan juadah di hari raya ni kay..

Isnin, 11 Mac 2019

Terasa semakin mencabarnya perjalanan hidup ini



Assalamualaikum dan salam sejahtera uollsssss....

Phewwwww..lama tidak menjelmakan diri di laman maya ini, berhabuk tebal seinci..hehehe
Almaklumla dah bertukar ke tempat bertugas yang baru..PUSPEN Jelebu..dah lebih setahun di sini...wowwww...boommm rasenya masuk bertugas di sini. Sebenarnya, ke mana pun kaki melangkah mencari pengalaman dalam kerja ni, kita akan tetap berhadapan dengan situasi yang sama. Tapi selagi kita berpegang pada niat untuk mencari sumber pendapatan yang berkat, in shaa Allah..segala anasir-anasir negatif dapat kita atasi.. keep it up Ila, teruskan perjuangan dalam mengekalkan prestasi kerja walaupun di part lain kau tertewas. Itu suratan yang sedia tertulis. Redha.

Well...life must go on, camna pun cabaran yang dihadapi...face it,

ok uollsssss..ade masa nanti kita bersua lagi..xoxo