KITA AKAN HIDUP TENANG JIKA KITA PAKAI 13 PETUA HEBAT NI...Jom sesama kita amalkan...
1. Kita tidak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita
mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak
boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan apa yg kita ada tenaga, masa dan wang kita,
terhadap benda yang positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Jangan berlebihan melakukan apa yang anda mampu buat.
Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada
yg perli, senyum dan ketawa sama-sama.
5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gossip politik
dan gossip kawan-kawan.
6. Berfikiran terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak
kita.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pada
masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa sekarang.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa.
Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan diri dengan bersyukur dgn apa yg
ALLAH telah kurniakan.
11. Tiada siapa yang menggembirakan kita selain dari kita
sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan
kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.
13. Senyum dan tertawa selalu kerana ia menghiburkan hati
sendiri, bukan org lain.Sobahal khair.