'Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau
temukan permata'
'MUSTAHIL bagi SEORANG LELAKI, BOLEH MEMBAWA SEORANG WANITA
MENETAP DI BULAN atau PLANET-PLANET LAIN.
Tetapi..TIDAK MUSTAHIL, bagi SEORANG LELAKI MEMBAWA SEORANG
WANITA MENETAP DI TEMPAT YANG JAUH LEBIH INDAH, iaitu SYURGA.'
2) mereka cinta kepada harta benda. tetapi mereka lupa kepada hisab.
3) mereka cinta kepada makhluk. tetapi mereka lupa kepada al-khaliq
4) mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5) mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada
kubur.
'Manisnya iman, kerana ia mendekatkan kita pada Allah, kembali mengingatkan
kita yang terleka'
'Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan
dengan pandangan Allah?'
'Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan
cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa
dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan
keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah
berbisik.."Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala
kejahatanku"
'Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu'
'Ku sedari aku bukanlah sempurna. aku belajar menjadi diri
aku apa adanya. tidakku cemburu menatap kelebihan dia, kerana ku yakini bahawa
Allah itu menjadikan kita tidak sama. dan kita sememangnya memiliki kelebihan
dan kekurangan yang tidak serupa.'
'Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa
kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali
menyedari dan redha. bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan
belajar dari segenap peristiwa.'
'Jangan terburu-buru mengejar cinta. berhenti seketika. toleh
ke belakang, mungkin ada yang sedang mengejar anda, siapa tahu?'
' Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita
damba, Insyallah, Allah akan temukan kita dengan orang yang mendambakan kita.
Jika hari ini Allah tak temukan kita dengan orang yang kita sayang, Insyallah
moga Allah temukan kita dengan orang yang sayangkan kita, semuanya kuasa
Allah.. percayalah..'
'Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. kau terluka
dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. alangkah indahnya jika perasaan itu
diganti dengan tawakal dan reda. berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.
semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di
kemudiannya.'
' Sepatutnya katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih
CANTIK, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. itulah sebaik-baiknya
tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.'
'Usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita.
kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.'
'Jangan menangis kerana seorang lelaki/perempuan, tapi
menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan.'
'Bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima ketentuan
dengan ketabahan, agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan, agar dapat ku
pujuk hati, kerana, Allah lebih tahu..'
'Jika tak mampu berlari, cukuplah dengan berjalan.'
'Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup
tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, berjaya tanpa
perjuangan. tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam
ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan. bukankah indahnya
pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?'
' Cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang, kerana cinta
adalah fitrah.'
'Berbahagialah hari ini, berbahagialah untuk setiap
kebahagiaan yang engkau rasakan di hati. tidak perlu kau ukur dengan besar atau
kecilnya nilai berbahagia itu. berbahagialah walau sekadar berwajah ceria dan
sepatah kata dan salam.'
'Tetaplah berbahagia dan tersenyum dalam rangka mensyukuri
segala anugerahNya hari ini. tetaplah berbahagia dan tersenyum seperti mentari
yang tidak menunda kehadirannya, meskipun mendung menyelimuti indah sinarnya
hari ini.'
'Kita berhendak. Allah juga berkehendak. Hanya kerana
kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.'
'Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu
berharga? Maka jangan murahkan. Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan
dengan keimanan dan ketaatan. Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.'
'Rasulullah s.a.w, bersabda dalam firman Allah dalam sebuah
hadis Qudsi,'Tidak ada balasan kepada hamba-Ku yang mukmin, jika Aku ambil
kekasihnya dari dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.'
'Rasulullah s.a.w telah bersabda, 'Akan datang waktunya
umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1) mereka cinta kepada dunia. tetapi mereka lupa kepada
akhirat.
'kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian
akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.untung
bagi mereka yang selalu diberi ujian , tanda Allah sayang padanya. semoga kita
sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah.
apa yang ditetapkan untuk kita, itulah yang terbaik!'
;senyum merupakan cara terbaik untuk membuat diri anda
cergas sambil membantu tubuh anda untuk berfungsi lebih baik;. senyumlah untuk
meningkatkan kesihatan anda, kurangkan stress dan tingkatkan daya tarik anda'